Sunday 19 February 2012

First time 'short' -_-

Cashier

Semua dah sedia maklum,.if jadi cashier tak sah kalau tak short,.kan kan,? Kat sini Dhia nak story morry pengalaman Dhia sendiri short selepas cukup sebulan jadi cashier,.-_-

Dhia ni memang seorang yang sangat² teliti,.sebab tuu Dhia selalu pastikan yang Dhia tak salah bagi duit kat customer,.sama ada terlebih atau terkurang,.before kejadian duit Dhia short,,duit Dhia sentiasa balance dan kekadang tuu ada jugak over,.sebab sesetengah customer tuu tak nak ambil duit baki,.biasanya 5 sen la selalu sangat customer wat camtuu,.

Camni cerita dia,.bukak mata besar² dan baca ayat demi ayat tau,.hahax,.dah dah,.fokus kat cerita terus,.ehem,.! 1 2 3 action,!...

Waktu pagi: sampai tempat kerja Dhia tak sarapan lagi,.tapi Dhia ada bawak biskut out krunch,.Dhia bawak banyak jugak,.lepas tuu ada sorang pekerja bahagian GR ( Suresh ) nampak Dhia dan kawan Dhia makan,.Dhia pon terus hulur biskut tuu kat Suresh,.Suresh bukak dan terus makan,.tengah sedap² makan tuu,.tetibe dengar satu suara,......

'Hey,.sape suruh u makan?' sungguh² terkejut dengan suara tuu,.Dhia toleh kanan dan nampak,.........'Adriean' ( Assistant manager ),.Adriean nampak cam marah Suresh,.,.Dhia dan kawan Dhia takut sangat,.terus kita orang naik kat cashier room,.

Cam biasa,,kena kira duit before bukak kaunter,.Dhia kira,,kira dan kira,.okay! cukup 400,.Dhia cecepat turun,.dan bukak kaunter,.Seronok lak bukak kaunter hari tuu sampai terlupa kejadian pagi tuu,.Actually kawan Dhia ( Nabihan ) takut Suresh marah kita orang,.Dhia pon takut jugak,.tapi entah la,.

Setiap kali bakul banyak kat depan tuu,.salah seorang cashier kene hantar bakul tuu kat pintu masuk,.Nabihan la yang rajin sangat hantar bakul tuu,.time Nabihan patah balik untuk bukak kaunter,,Dhia nampak Suresh jalan sebelah Nabihan,.Dhia tengok jer la,.Nabihan pon datang kat tempat Dhia,.

'Awak,.Suresh kata Adriean gurau² jer tuu,.Adriean memang camtuu,.Suresh tak marah pon kita,.'

Time tuu Dhia bersyukur sangat,.tiba² Dhia rasa laen macam,.Dhia pon check cash box Dhia,.Dhia cuak,.mane hilang 50 keping 50 sen dalam plastik tuu,.Dhia dah fikir Dhia short RM 10 hari tuu,.Dhia wat keje cam biasa,.tapi fokus hilang,.tak dapat nak fokus sebab fikir dah short,.nak nangis pon ada time tuu,.Dhia bagitahu senior cashier ( K.fatimah ) Dhia,.tp dia cakap mungkin Dhia dah bukak,.Dhia menidakkan,.sebab setiap kali Dhia bukak plastik tuu,.Dhia akan simpan plastik tuu dalam cash box,.bukan dalam laci,.-_-

Fokus memang hilang sangat²,.dah la ramai customer time tuu,.okay nasib la,.short pon short la,.bukan selalu ape,.first time kan,.Dhia pujuk hati Dhia,.Dhia pandang senior cashier Dhia lagi sorang ( Purnaman ) yang baru tengah turun tangga,.dan dia berjalan ke arah Dhia,.lalu depan kaunter Dhia,.Dhia pon terus cakap cam ni kat dia,.

'Purna,,saya rasa saya short 10 ringgit hari ni,.'

'Kenapa pulak?'

'Duit 50 sen satu plastik saye hilang,.tak tau kat mane'

',.........'

Perbualan yang terhenti,.sebab Purnaman terus jalan dengan muka serius,.Ya Allah,.rasa cam nak nangis sangat time tuu,.sampai hati tak hirau kan,..Dhia pandang Purnaman yang tengah jalan ke arah k.fatimah,.tetiba Dhia nampak Purnaman gelak,.k.fatimah senyum jer,.dan Dhia dengar Purnaman cakap camni,...

'Lepas kira duit tadi,,dia tinggal kan 50 sen kat atas meja tuu,.tuu yang i pelik,.'

Fuuhhhh,..~ Lega rasa,.serabai Purna,.bukan nak bagitahu awal²,.tapi last² hari tuu Dhia short jugak RM 1.80 ,..Dhia tahu sebab ape,.sebab Dhia tak fokus time keje,.hahahax asal la boleh terperasan duit tuu hilang awal²,.haissh geram jer,.

So please,.ape² saja kerja yang dilakukan mestilah di mulakan dengan Bismillah,.dan paling penting fokus tau sayang tau,. ^_^


10-Q sebab sudi baca entri Dhia,..^_^


No comments:

Post a Comment